KURSUS MOTIVASI & HARI KELUARGA 2009
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
12 April 2009

12 April 2009, TAMAN MELAKA RAYA - Pusat Zakat Melaka (PZM) telah mengadakan taklimat zakat kepada para pelabur di Public Mutual, Taman Melaka Raya. Anjuran taklimat ini telah di anjurkan oleh Sharifah Nor Agency, Public Mutual.

Taklimat dan ceramah telah berjalan selama ½  jam iaitu dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi di bilik perbincangan Public Mutual dengan dimulakan ucapan aluan dan taklimat berkenaan Unit Trust oleh Pengurus Agensi; Pn. Sharifah Nor. Seramai 20 pelabur telah hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada pesara dan kakitangan awam.  Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Perhubungan Korporat PZM, yang menyentuh berkaitan konsep zakat dan kewajipan berzakat.

PZM mengharapkan agar penyertaan yang lebih ramai dari kalangan masyarakat muslim merebut peluang membuat pelaburan secara Islam di Public Mutual. Pelaburan ini serba sedikit akan meningkat ekonomi mereka dan akhirnya mereka akan berkeupayaan untuk menunaikan kefardhuan berzakat. Usaha murni Public Mutual ini akan menjadi titik tolak kepada agensi yang lain dalam memertabatkan syiar Islam ini.



Disediakan oleh:

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka