KURSUS MOTIVASI & HARI KELUARGA 2009
 
 
Hakcipta Terpelihara Oleh Pusat Zakat Melaka - 2008ã
 
 
 
 
14 April 2009

14 April 2009, AUDITORIUM AL AZIM - Pentauliahan bagi Amil Syarak, Imam 1 untuk sesi ke dua telah diadakan pada 14 April, 2009 bertempat di Auditorium Al Azim, Bukit Palah, Melaka. Seramai 54 amil telah menghadiri kursus pentauliahan tersebut. Kehadiran para peserta di dalam taklimat tersebut adalah 59.3 % daripada senarai setuju hadir amil yang diterima oleh PZM iaitu seramai 32 orang yang hadir daripada 54 orang.

Taklimat telah berjalan selama 2 ½  jam iaitu dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang dan telah dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengurus Besar PZM dan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengerusi PZM. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengurus Perhubungan Korporat dan Pemasaran. Taklimat berkenaan Pengurusan Zakat telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ismail bin Hasim manakala Konsep Pengahayatan Zakat Oleh SS. Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Sesi soal jawab turut juga diadakan pada akhir taklimat dan telah diperjelaskan oleh Tn. Hj. Ismail b. Hasim dan Datuk Mufti.

Harapan dari para amil yang telah hadir dari kursus pentauliahan ini agar dapat menghasilkan satu output baik yang dapat menjadikan contoh ikutan dan menjana kutipan zakat pada tahun ini demi menegakkan syiar Islam di kalangan masyarakat Islam di negeri Melaka.


Disediakan oleh:

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka