KAJIAN BERKAITAN ZAKAT PERTANIAN OLEH UNIVERSITI MALAYA

 

17 JUN 2008, PUSAT ZAKAT MELAKA – Pusat Zakat Melaka menerima kunjungan hormat dari panel penyelidik pensyarah Universiti Malaya bagi membuat kajian berkaitan Zakat Pertanian yang diketuai Prof Madya Dr Siti Mashitoh bt. Mahamood bersama Dr Asmak bt Ab Rahman.

Perbincangan dan temubual bagi mendapatkan maklumat data telah dihadiri oleh Tn. Hj Ismail b. Hasim; Pengurus Besar, En. Zuhri Iskandar b. A. Rahman; Pengurus Perhubungan Korporat dan Pn. Norhalina bt. Hamzah; Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia. Wakil dari Jabatan Mufti turut hadir sama dalam perbincangan tersebut.

PZM juga menyampaikan cenderahati kepada wakil panel penyelidik di akhir sesi perbincangan. Harapan daripada pertemuan ini akan membuahkan satu hasil yang dapat memberikan manfaat kepada kedua- dua pihak.