TAKLIMAT SISTEM SKIM MUDAH POTONGN GAJI ZAKAT SECARA ONLINE - INTERNET

 

23 JUN 2008, INKUBATOR K-EKONOMI, HANG TUAH JAYA - Pusat Zakat Melaka (PZM) telah memperkenalkan sistem potongan gaji zakat secara online system melalui internet kepada majikan- majikan. Sistem ini akan memudahkan para majikan yang menyertai skim potongan gaji zakat untuk melaksanakan potongan bagi pekerja mereka. Melalui sistem ini, majikan yang berdaftar hanya memerlukan kata laluan untuk mengakses ke sistem tersebut.

PZM menggalakkan majikan- majikan menggunakan perkhidmatan ini bagi memudahkan mereka dan mengelakkan kesilapan data potongan zakat. Beberapa siri taklimat telah dan sedang diaturkan oleh PZM berkaitan sistem potongan gaji zakat secara online. Setakat ini, taklimat telah diberikan kepada semua agensi agama dan anak syarikat kerajaan negeri. Taklimat akan diteruskan lagi untuk sektor industri, syarikat guaman dan klinik pada 26 Jun 2008 dan bulan Julai 2008 bertempat di Inkubator K-Ekonomi, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya.

Setakat April 2008, pembayar zakat yang telah menyertai skim potongan gaji zakat adalah seramai 10,471 orang dengan kutipan sebanyak RM 1,826,965.60. Manakala dari segi kutipan sehingga 20 Jun 2008 pula PZM telah berjaya memperoleh kutipan zakat berjumlah RM 9,867, 362 berbanding RM 6,220,572.74 bagi tempoh yang sama tahun lalu dengan peningkatan RM 3, 646,789.70 (58.62 %).

PZM juga mengharapkan kerjasama daripada seluruh majikan di negeri Melaka untuk turut serta dalam taklimat tersebut khususnya majikan yang telah tersedia melaksanakan potongan gaji zakat. Walaubagaimanapun para majikan yang belum melaksanakan potongan gaji zakat adalah amat dialu- alukan juga