Laman Utama Jenis Zakat Zakat Pendapatan

Kutipan Semasa


Sehingga OKT 2014
Jenis Zakat Total (RM)
Pendapatan 21,654,538.81
Simpanan 8,565,740.51
Perniagaan 8,682,612.95
Emas 386,966.44
Saham 1,280,166.12
Ternakan 51,490.00
Padi 73,353.35
Fitrah 3,568,822.00
Jumlah 44,263,690.18

Kemudahan Bayaran


Rangkaian My Zakat



Soalan Lazim



Zakat Pendapatan PDF Cetak E-mail

TAKRIF :

Imbuhan atau perolehan yang diperolehi oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.

 

Pendapatan penggajian merangkumi :-

1) Gaji tahunan

2) Tunggakan gaji

3) Pelbagai elaun

4) Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya

 

 

Firman Allah S.W.T. :

 

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. "

(Surah Al-Baqarah : Ayat 267 )

 

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan tidak bersedekah ia dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesusah ia meninggal) melainkan ia sebagai bekalannya ke Neraka.

 

(Hadis riwayat Abu Daud)

 

KIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Kaedah 1

Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun

 

Contohnya :

Jumlah pendapatan kasar setahun : RM 35,000.00

Jumlah yang dikenakan zakat (2.5%) : RM 875.00

Bayaran bulanan : RM 875.00 /12 = RM 72.92

 

 

Kaedah 2

Menggunakan kaedah pendapatan bersih ( Pendapatan Setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5%

 

Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :-

Diri : RM 8,000.00

Isteri : RM 5,000.00

Anak : RM 1,000.00

KWSP : 11% daripada pendapatan kasar pekerja

Sumbangan IbuBapa : RM (jumlah yang diberi) sebulan x 12 bulan

Caruman ke organisasi yang membayar zakat ( contoh : Lembaga Tabung Haji, Takaful )

 

 

 

 

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 11 tetamu online