Home Tazkirah Sisihkanlah Hak Fakir Dan Yatim Untuk Membersihkan Diri
Sisihkanlah Hak Fakir Dan Yatim Untuk Membersihkan Diri PDF Print E-mail
There are no translations available.


Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 103 yang bermaksud: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Ayat Allah ini telah menegaskan betapa pentingnya zakat bagi mereka yang memenuhi kategori wajib berzakat, iaitu para hartawan yang menginginkan harta yang bersih dan jiwa yang suci, sehingga hidup menjadi berkat. Zakat sebagai ibadah maaliyah ijtimaiyah (ibadah yang terkait dengan harta dan jiwa sosial yang dimiliki) adalah satu−satunya cara untuk membersihkan harta dari segala kekotoran yang ada dengannya. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi, zakat adalah perintah Allah yang mutlak dan harus dipenuhi.

2.5% daripada harta (penghasilan) yang diperoleh secara rutin adalah hak orang lain. Allah SWT menegaskan dalam firmanNya: “Dan pada harta−harta mereka terdapat hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (yang tidak meminta).” (QS. Adz−Dzaariyaat : 19) Ini bermakna masih ada 97.5% daripada harta (penghasilan) yang diperoleh masih berada ditangan pemegangnya. Nilai inilah yang boleh digunakan. Walaupun secara lahiriah jumlahnya berkurang tetapi nilainya akan bertambah, karena keuntungan yang diperoleh akan jauh lebih besar. Mengapa? Hal ini kerana harta itu akan menjadi bersih, kemudian menjadi berkat, lalu tumbuh dan berkembang, sebagaimana erti zakat itu sendiri iaitu, tumbuh dan berkembang. Bukankah setiap orang menginginkan harta yang berkat, sehingga hidupnya menjadi nyaman, mudah, tenteram serta terlindung dari kegelisahan dan kekhuatiran.

Sayangnya, tidak semua orang mengetahui pentingnya zakat ini. Walaupun ada sebahagian yang mengetahui, belum tentu orang−orang yang mengetahui kepentingannya mahu menunaikan zakatnya secara konsisten dan teratur.

 

99 Names Of Allah



Solat Time Table

Tazkirah


Download


Visitor

We have 11 guests online