Home Bowling Persahabatan 2011 PZM adakan Majlis Anugerah Majikan

Easy Payment


My Zakat Hyperlink





PZM adakan Majlis Anugerah Majikan PDF Print E-mail
Written by fauzi   
Tuesday, 03 January 2012 00:00

31 Disember, 2011 - Bukit Palah, Melaka, Majlis Anugerah Majikan Potongan Gaji Zakat Dan Agen Zakat Serta Majlis Kesyukuran Pusat Zakat Melaka telah diadakan bersama YAB Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Pusat Zakat Melaka (PZM), Ahli-ahli Lembaga Pengarah PZM dan seluruh kakitangan PZM.

 

Majlis ini adalah bertujuan bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kejayaan PZM mengutip zakat sebanyak RM 37,807,043.14 bagi tahun 2011 iaitu melebihi kutipan yang telah ditetapkan iaitu RM 37,800,897.41 di mana lebihan sebanyak RM 6,145.73.

 

Menurut YAB. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam, kutipan zakat sehingga 31 Disember, 2011 adalah sebanyak RM 37,827,105.61 iaitu meningkat sebanyak 3,815,335.48 ( 11.22 % ) berbanding pada tahun 2010 iaitu kutipan sebanyak RM 34,011,770.13. Manakala bilangan pembayar pula meningkat kepada 27,149 orang berbanding pada tahun 2010 hanya 25,687 orang. Jumlah peningkatan adalah seramai 1,462 orang atau 5.69 %.

Bersempena dengan majlis itu juga, turut diadakan Majlis Anugerah Majikan Potongan Gaji Zakat dan Agen Zakat bagi kategori Kutipan dan Pembayar Tertinggi yang disempurnakan oleh YAB. Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Nawi bin Ahmad; Timbalan Pengerusi PZM, S.S Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md Saleh; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ybhg. En. Mohd Yusof bin Abu Bakar; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, YBhg. Datuk Hj. Mohd Zin bin Mansor; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PZM, Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim; Pengurus Besar PZM, En. Zuhri Iskandar bin A. Rahman; Pengurus Perhubungan Korporat dan Pemasaran serta Puan Norhalina binti Hamzah; Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia.

YAB. Ketua Menteri Melaka merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kakitangan di atas kejayaan yang dikecapi sepanjang tahun 2011. Beliau juga mengharapkan agar kakitangan PZM akan terus berusaha, sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .

Dikeluarkan Oleh:

BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT & PEMASARAN

PUSAT ZAKAT MELAKA

 

99 Names Of Allah



Solat Time Table

Tazkirah


Download


Visitor

We have 14 guests online