Laman Utama Bowling Persahabatan 2011 PZM JALIN KERJASAMA DENGAN CELCOM & MAXIS - KUTIPAN FITRAH

Kemudahan Bayaran


Rangkaian My Zakat



Soalan Lazim



PZM JALIN KERJASAMA DENGAN CELCOM & MAXIS - KUTIPAN FITRAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh fauzi   
Isnin, 23 Julai 2012 00:00

 

PUSAT ZAKAT MELAKA  JALIN KERJASAMA

DENGAN CELCOM DAN MAXIS – KUTIPAN FITRAH

 

Masyarakat Islam khususnya yang tinggal dan bekerja di Melaka boleh melunaskan Zakat Fitrah melalui talian Celcom dan Maxis. Kerjasama di antara Pusat Zakat Melaka dengan pihak telekomunikasi Celcom dan Maxis diadakan bagi memastikan kemudahan bayaran Zakat Fitrah dapat dibuat dengan pantas dan cekap. Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Melaka tahun 2012 ialah RM 6.50 seorang.

Contoh cara untuk menunaikan Zakat Fitrah melalui SMS bagi pengguna Celcom adalah seperti berikut            :

1.                  Taip FITRAH MELAKA & hantar ke 21999.

2.                  Anda akan menerima maklumat harga Zakat Fitrah Negeri Melaka.

3.                  Taip B1 dan hantar ke 21999.

4.                  Anda akan menerima arahan untuk memasukkan nama, no. K/P dan bilangan orang.

5.                  Sila balas samada BETUL / SALAH untuk pengesahan,

6.                  Anda akan menerima lafaz zakat dan dikehendaki membalas YA atau TIDAK ke 21999.

 

Anda akan menerima resit bayaran melalui SMS dan untuk resit rasmi PZM boleh layari laman web : http://mfitrah.celcom.net.my

Kerjasama ini adalah baik di mana pembayar zakat tidak perlu beratur menunggu giliran, mencari tempat meletak kereta dan mengambi masa yang lama untuk melunaskan Zakat Fitrah. Pembayar tidak dikenakan caj tambahan menggunakan perkhidmatan tersebut.

Disamping itu, masyarakat Islam boleh juga melunaskan Zakat Fitrah mereka kepada amil-amil yang dilantik di kariah masing-masing. Majlis Agama Islam Melaka melalui Pusat Zakat Melaka  telah melantik seramai 892 orang amil iaitu 310  orang dari Daerah Melaka Tengah, seramai 203 orang dari daerah Jasin dan seramai 251 orang dari Daerah Alor Gajah. Manakala bagi Agensi pula adalah seramai 128 orang bagi tahun ini.

Pusat Zakat Melaka turut menyediakan Kaunter Zakat Fitrah di pasaraya-pasaraya, kilang -kilang, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan bagi memudahkan lagi masyarakat untuk melunaskan bayaran Zakat Fitrah tersebut.

Sebarang pertanyaan mengenai kemudahan bayaran Zakat Fitrah boleh menghubungi Ustaz Noor Zakry bin Norjamal atau Pn. Azmah binti Adnan di talian bernombor 06-2812441/ 42/ 43.

 

Salam Ramadan.

 

 

Disediakan oleh  :

 

 

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran

PUSAT ZAKAT MELAKA 

 

 

Last Updated on Isnin, 23 Julai 2012 01:42
 

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 717 tetamu online