Kutipan Semasa
| Sehingga Mac 2013 | |
| Jenis Zakat | Jumlah (RM) |
| Pendapatan | 3,753,441.62 |
| Simpanan | 3,426,095.67 |
| Perniagaan | 1,036,473.93 |
| Emas | 115,340.37 |
| Saham | 694,789.61 |
| Ternakan | 24,250.00 |
| Padi | 14,775.55 |
| Fitrah | - |
| TOTAL | 9,065,166.75 |
Info Zakat
Soalan Lazim
| Syarat Zakat |
|
|
|
|
PENGENALAN IBADAH ZAKAT Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasulullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai '"tumbuh" dan "bertambah". Ianya juga bererti berkat, bersih, baik, suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.
DALIL
Maksudnya:- " Ambilah sedekah (zakat) dari sebahagian harta benda mereka untuk membersih (batin dari sifat kikir) dan mensucikan mereka (daripada perasaan sombong dan doalah untuk mereka sesungguhnya doa pada hari itu memberikan ketenteraman untuk mereka dan Allah Maha Mendengar Lagi Mengetahui.) " (Surah At-Taubah: Ayat 103)
Maksudnya:- " Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya. " (Surah dzariyaat: Ayat 19)
SYARAT WAJIB ZAKAT
Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam.
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul masalah hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
|


Syarat Zakat







