Home Tazkirah Kedekut Dan Cara islam Menanganinya
Kedekut Dan Cara islam Menanganinya PDF Print E-mail

Selalunya, orang suka berbicara mengenai kemiskinan dan cara Islam menanganinya. Ini kerana, kemiskinan seringkali disinonimkan sebagai virus yang merosakkan masyarakat. Memang benar, kemiskinan yang terbiar akan membiak menjadi barah tahap empat, ia perosak dan merosakkan negara. Kerana itulah ia perlu dikawal.

 

 

 

Dalam al-Quran Allah S.W.T menyebut jelas, si kaya yang kedekut itu adalah suatu ejen perosak. Allah S.W.T sudah memberi ingat bahawa:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."

(Surah Al-Qasas; ayat 77)

 

Sifat kedekut akan mengikis sifat ihsan dalam diri dan sifat kedekut itu jugalah yang mengunci mati pintu kebajikan orang yang kedekut.  Golongan ini akan melihat orang yang miskin dengan pandangan hina. Pandangan yang diselubungi elemen buruk sangka dan memualkan. Kesannya mereka akan membiarkan golongan miskin ini hidup tanpa dibela.

 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?” (Allah berfirman): “Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya) ? "

(Surah Al-An’am; ayat 53)

 

Maka, di sisi Allah S.W.T sebagai Al-Khalik, sudah disediakan suatu mekanisme khas untuk menangani kondisi kaya-miskin ini. Jangan nanti, si kaya lupa daratan dan si miskin mati kelaparan. Alat bagi menjamin keseimbangan didalam masyarakat inilah yang dinamakan ‘zakat.’ Tanpanya, akan hilang keseimbangan, maka rosaklah perhubungan dan tercetuslah perpecahan.

Kesimpulannya, kaya dan miskin adalah suatu keseimbangan dalam masyarakat. Namun, kemiskinan bukanlah suatu dambaan.Mewujudkan masyarakat tanpa ada orang miskin hendaklah diusahakan, iaitu kita wajib mensifarkan ‘kemiskinan jiwa.’ Inilah kemiskinan yang selalu merosakkan manusia. Miskin jiwa inilah, yang dihapuskan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz R.A, lewat usia pemerintahannya kira-kira 1,000 tahun yang lalu. Catatan sejarah kegemilangan zakat yang sering disebut-sebut oleh kita semua. Wallahualam.

 

99 Names Of Allah



Solat Time Table

Tazkirah


Download


Visitor

We have 6 guests online