Home Tazkirah Perbezaan Antara Zakat, Infaq Dan Sedekah
Perbezaan Antara Zakat, Infaq Dan Sedekah PDF Print E-mail

Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui bahawa zakat adalah kewajipan harta yang spesifik,memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat.

Infaq ada yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama Muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.

Sedangkan sedekah maknanya lebih luas dari zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, beliau bersabda :

Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri juga sedekah."

 

Sedekah adalah ungkapan kejujuran (shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah s.w.t. menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam surah al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud :

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar."

 

99 Names Of Allah



Solat Time Table

Tazkirah


Download


Visitor

We have 14 guests online