Home General
General PDF Print E-mail

SOALAN 1 :

Adakah boleh diselaraskan nisab antara negeri-negeri?

JAWAPAN :

Nisab bagi negeri-negeri tidak boleh diselaraskan kerana kaedah yang digunakan adalah dibawah bidang kuasa agama dan ianya adalah tertakluk kepada negeri masing-masing.

SOALAN 2 :

Apakah terdapat kesan atau akibat dari melewatkan pembayaran zakat bagi yang mampu?

JAWAPAN :

Apabila seseorang itu telah mampu dan telah wajib untuknya mengeluarkan zakat tetapi dia melewatkan pengeluaran zakat maka terdapat dua kesan ke atas dirinya.

  • Berdosa kerana dia dengan niat sengaja melewatkan pembayaran dan menjadi penghalang orang fakir untuk mendapatkan haknya.
  • Hak ganti rugi fakir miskin terhadap 'ain harta yang diwajibkan zakat walaupunsemua hartanya musnah. Ini disebabkan dia sengaja melewatkannya tanpa alasan dan dia terpaksa menanggung risiko kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang berhak.

SOALAN 3 :

Bolehkah dividen KWSP digunakan untuk membeli barangan yang bukan barangan makanan?

JAWAPAN :

Wang dividen daripada KWSP adalah hasil daripada pelaburan yang dibuat oleh kerajaan bagi masalah rakyat. Tidak ada masalah bagi menggunakan wang dividen tersebut untuk kegunaan selain daripada barang makanan.

SOALAN 4 :

Sampai bilakah seorang ayah bertanggungjawab untuk membayar zakat ke atas anaknya?

JAWAPAN :

Seseorang ayah bertanggungjawab untuk membayar zakat khususnya Zakat Fitrah anaknya sehingga anak tersebut bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

SOALAN 5 :

Bilakah wang KWSP wajib dikeluarkan ?

JAWAPAN :

Wang yang disimpan dalam KWSP wajib dizakat sebaik sahaja dikeluarkan wang tersebut sekiranya amaunnya melebihi nisab pada tahun berkenaan.

SOALAN 6 :

Bagaimanakah saya ingin membuat permohonan bantuan zakat khususnya bantuan pelajaran?

JAWAPAN :

Pusat Zakat Melaka adalah sebuah badan yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka dalam melaksanakan promosi dan kutipan zakat sahaja sementara dari segi agihan zakat kepada asnaf-asnaf masih lagi di bawah bidangkuasa MAIM. Segala bentuk bantuan berkaitan zakat adalah di bawah pengurusan MAIM. Segala bantuan boleh dirujuk kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Seri Negeri. Ayer Keroh, Melaka. Asnaf Fisabilillah disalurkan ke sana bagi tujuan penyelarasan bantuan antara Zakat dan Kerajaan Negeri Melaka. Talian yang boleh dihubungi ialah 06-3333333 samb 3205; untuk keterangan lanjut.

 

SOALAN 7 :

Adakah wang KWSP ini wajib dikeluarkan pada setiap tahun ?

JAWAPAN :

Zakat bagi wang KWSP hanya sekali sahaja apabila dikeluarkan wang tersebut.

 

 

SOALAN 8 :

Bagaimanakah saya ingin membuat pembayaran Zakat Pendapatan melalui Potongan Gaji ?

JAWAPAN :

Perlu hadir ke mana-mana Pusat Zakat Melaka yang berdekatan untuk mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat ataupun mengirimkan alamat penuh kepada kami untuk kiriman semula borang tersebut.

 

 

99 Names Of Allah



Solat Time Table

Tazkirah


Download


Visitor

We have 38 guests online