| Zakat |
|
|
|
|
SOALAN 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan nisab dan bagaimanakah penentuan nisab dibuat?
JAWAPAN : Nisab zakat adalah bersandarkan kepada 85gram emas dan seperti dimaklumkan 1gram emas semasa adalah tidak tetap, terdapat turun naik dalam harganya. Pusat Zakat Melaka mengguna pakai kaedah nisab purata tahun sebelumnya untuk tahun berikut dan nisab tersebut diperolehi daripada JAKIM. Contohnya, nisab tahun 2007 diambil dari purata nisab bagi tahun 2006 yang diperolehi dari pihak JAKIM setiap bulan.
SOALAN 2 : Apakah duit yang diberi hasil dari kemenangan memasuki peraduan dikenakan zakat dan tergolong dalam kategori zakat apa?
JAWAPAN : Duit yang diperolehi dari hasil memasuki peraduan adalah dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlahnya. Duit tersebut dikategorikan sebagai al malmustafad (harta perolehan) dan dikira sebagai zakat pendapatan.
SOALAN 3 : Bagaimanakah pengiraan zakat emas? Adakah emas yang dipakai dikenakan zakat?
JAWAPAN : Zakat emas dikira berdasarkan kepada dua kaedah :
SOALAN 4 : Bagaimanakah cara untuk mengira jumlah fidyah yang tertinggal puasa selama 5 hari pada tahun 1995? Adakah pembayaran boleh dilakukan melalui CIMBclicks?
JAWAPAN : Fidyah hendaklah dikeluarkan dalam bentuk wang ringgit iaitu satu cupak bagi satu hari iaitu bersamaan RM 1.21 dan ianya berganda dari setahun ke setahun. Jumlah fidyah yang wajib dikeluarkan adalah RM 635.25 (5 hari x gandaan 105 x RM 1.21) Pembayaran fidyah tidak boleh dibuat melalui CIMBclicks tetapi hanya di kaunter PZM. Duit tersebut akan dibeli beras oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terlebih dahulu dan barulah diberikan kepada fakir miskin. PZM hanyalah sebagai wakil kepada MAIM bagi kutipan bayaran fidyah. |


Zakat






