Kutipan Semasa
| Sehingga Mac 2013 | |
| Jenis Zakat | Jumlah (RM) |
| Pendapatan | 3,753,441.62 |
| Simpanan | 3,426,095.67 |
| Perniagaan | 1,036,473.93 |
| Emas | 115,340.37 |
| Saham | 694,789.61 |
| Ternakan | 24,250.00 |
| Padi | 14,775.55 |
| Fitrah | - |
| TOTAL | 9,065,166.75 |
Info Zakat
Soalan Lazim
| Zakat Emas Dan Perak |
|
|
|
|
TAKRIF :
Zakat Emas : Nisab zakat emas yang dipakai = 200gram Nisab zakat emas yang tidak dipakai = 85gram
DALIL :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya banyak di antara ahli-ahli pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam). Maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu pada hari dibakar emas perak dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya di dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka, Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab daripada apa yang kamu simpan itu." ( Surah At-Taubah: 34-35 )
Zakat Perak :
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
Nisab dan kadar zakat perak menurut Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram. DALIL : Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Kadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40). Kaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul. |











