Laman Utama Tazkirah Menzakatkan Harta Pusaka
Menzakatkan Harta Pusaka PDF Cetak E-mail

Orang Islam wajib membayar zakat pada wang ringgit, pada emas dan perak yang disimpan, dan pada binatang peliharaan seperti lembu, kerbau, kambing biri-biri dan kambing biasa, dan tanam-tanaman yang mengenyangkan seperti padi, kacang hijau, gandum, jagung dan lain-lainnya, dan hasil perniagaan dan titrah dan kaffarah, apabila telah ada syarat-syarat pada perkara-perkara yang tersebut itu.

Dengan ada waqaf itu maka negeri Islam selamat dari diambil oleh orang lain yang bukan Islam akan tanah-tanah negeri Islam itu, kerana sesuatu tanah apabila diwaqafkan, maka terlepas hak tuannya dan berpindah hak waqaf itu kepada Allah Ta’ala dan tiada boleh dijual 'ain atau zat waqaf itu, tiada boleh dibeli dan tiada boleh diwarisi dan tiada boleh diberikan kepada orang, dan faedah serta hasil waqaf itu diberikan kepada orang-orang yang tersebut dalam wathîqah waqaf itu seperti orang fakir, kerabat sendiri, orang yang pergi berperang sabîlillâh mempertahankan negeri Islam, orang yang belayar, penuntut-penuntut ilmu Islam dan orang-orang yang lemah dan cacat dan sebagainya.

Waqaf-waqaf ini banyak terdapat dalam negeri Islam sebagai misal seperti Universiti Al-Azhar hidup dan sara hidupnya didapati dari hasil waqaf-waqaf seperti waqaf kepada ulama AI-Azhar, penuntut-penuntut AI-Azhar yang am dan seperti penuntut-penuntut AI-Azhar dari bangsa Mesir, dan bangsa Maghribi dan bangsa Syam dan seperti penuntut Al-Azhar dari daerah itu dan daerah ini. Dan ada waqaf kepada siapa yang menjadi ketua besar Al-Azhar dan hasil waqaf ketua Al-Azhar itu pada masa sebelum perang dan dunia kedua 7,000 pounds Mesir sebulan. Dan manakala Perdana Menteri Mesir mendapat gaji 3,500 pounds Mesir sebulan dan keldai tunggangan ketua besar itupun ada mempunyai waqafnya sendiri kerana memelihara keldai tunggangan itu. Ini sebagai contoh faedah waqaf dalam negeri Islam.Harta pusaka orang mati yang berhubung dengan zakat dan belum dibayar zakatnya pada masa ia hidup atau zakat-zakat pada hartanya yang lain dari pusaka itu yang belum ia bayar zakatnya dan ia mati, maka wajiblah dibayarkan zakatnya dari pusakanya yang ada itu.

Begitu juga diambil dari pusaka itu belanja haji Islam dan kaffârah puasa dan sebagainya jika ada, kerana ia sudah jadi hutang orang mati itu kiranya ia belum mengerjakan haji Islam dan belum bayar kaffârah itu.Tidak harus diambil dari pusaka itu untuk kenduri dan sedekah kerana orang mati itu, sebab pusaka itu sudah tertakluk pada empat perkara yang tersebut pada di atas. Jika waris¬-waris yang sempurna (Kamil) itu mengizinkan, maka sah dan lulus belanja kenduri itu dan waris-waris yang tiada kamil tiadalah sah izinnya itu, dan tiada lulus belanja kenduri dan sedekahitu.Keutamaan pada membelanjakan dan mengeluarkan belanja dari pusaka pada perkara-perkara zakat yang bergantung dengan 'ain pusaka, pada menyediakan orang mati, pada membayar hutang-hutang Allah Ta'ala dan hutang manusia dan pada belanja wasiat, hendaklah mengikut tertib.

 

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 14 tetamu online

Soalan Lazim