Nisab Terkini


Nisab Emas :
RM 14,076.21

Nisab Perak :
595 Gram

Kutipan Semasa


Sehingga Mac 2013
Jenis Zakat Jumlah (RM)
Pendapatan 3,753,441.62
Simpanan 3,426,095.67
Perniagaan 1,036,473.93
Emas 115,340.37
Saham 694,789.61
Ternakan 24,250.00
Padi 14,775.55
Fitrah -
TOTAL 9,065,166.75

Kemudahan Bayaran


Rangkaian My Zakat



Soalan Lazim



Tazkirah


BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR PDF Cetak E-mail

 

"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.

Baca Lagi...
 
Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi PDF Cetak E-mail

Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.

Baca Lagi...
 
Hukum Mencari Helah Elak Zakat PDF Cetak E-mail

Jika seseorang yang memiliki harta yang sempurna miliknya dan telah hampir tiba haulnya (masa untuk mengeluarkan zakat); namun dengan sengaja telah mencari jalan mengeluarkan sedikit hartanya sehingga terkurang nisabnya maka apakah hukumnya? Secara dasarnya harta yang terkurang nisabnya pada saat sampai haulnya, maka tidak wajib dizakatkan ke atasnya. Namun, kita harus melihat apakah sebab-sebab berlakunya pengurangan harta itu sehingga terkurang daripada jumlah nisabnya?

Baca Lagi...
 
ZAKAT MA”ADIN / KUNUZ DAN RIKAZ. PDF Cetak E-mail

Zakat Ma”adin / Kunuz dan Rikaz ialah harta galian, simpanan jahiliah dan harta karun yang wajib dikeluarkan zakat samaada yang diperolehi di darat atau di laut, bahan pepejal atau cecair, boleh ditempa atau tidak seperti minyak dan gas. Apa yang dimaksudkan dengan zakat Ma”adin, kunuz dan rikaz ialah dalam pengertianya yang umum, iaitu setiap benda yang dikeluarkan dari perut bumi, sama ada dalam bentuk pepejal dan cecair yang dikenali sebagai galian atau Ma”dan atau dalam bentuk harta-harta yang tertimbus oleh perbuatan manusia atau kejadian alam yang dikenali sebagai perbendeharaan lama atau Kanz. Syaratnya ia mempunyai nilai. Mengikut istilah yang digunakan oleh sesetengah para fuqaha semuanya ini disebut sebagai “Rikaz”.

Baca Lagi...
 
Sisihkanlah Hak Fakir Dan Yatim Untuk Membersihkan Diri PDF Cetak E-mail


Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 103 yang bermaksud: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

Page 1 of 3

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 8 tetamu online