Laman Utama Bowling Persahabatan 2011

Kemudahan Bayaran


Rangkaian My Zakat



Soalan Lazim



Tazkirah


Kisah Seorang Pemuda Dengan Kayu Api PDF Cetak E-mail


Anas bin Malik r.a pernah meriwayatkan suatu kisah yang agak panjang di antara seorang pemuda Ansar bersama Rasulullah S.A.W. Pemuda berkenaan telah mendatangi Rasulullah dengan tujuan mahu meminta sedikit makanan. Namun Nabi Muhammad S.A.W tidak terus memberikannya makanan, melainkan ditanya terlebih dahulu apakah masih ada sesuatu di rumahnya, yang mungkin boleh dijual. Lantas pemuda Ansar itu menyatakan: “Ya! ada, (iaitu) pakaian yang kasar, yang setengahnya kami pakai dan setengahnya lagi kami hamparkan, juga sebuah bekas yang kami gunakan untuk meminum air dengannya.” Nabi Muhammad S.A.W seterusnya meminta agar pemuda itu pulang dan membawakan kedua-dua barangan itu.

Baca Lagi...
 
Perbezaan Antara Zakat, Infaq Dan Sedekah PDF Cetak E-mail

Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui bahawa zakat adalah kewajipan harta yang spesifik,memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat.

Infaq ada yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama Muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.

Baca Lagi...
 
Kedekut Dan Cara Islam Menanganinya PDF Cetak E-mail

Selalunya, orang suka berbicara mengenai kemiskinan dan cara Islam menanganinya. Ini kerana, kemiskinan seringkali disinonimkan sebagai virus yang merosakkan masyarakat. Memang benar, kemiskinan yang terbiar akan membiak menjadi barah tahap empat, ia perosak dan merosakkan negara. Kerana itulah ia perlu dikawal.

Baca Lagi...
 
Kisah Sayyidina Ali PDF Cetak E-mail

Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Omar waraknya. Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi tidak berhasil. Bila balik di dapatinya tersedia tiga biji tamar. Sehari suntuk beliau tidak makan. Sedang ia hendak menyuap tamar yang ada di rumahnya itu tiba-tiba beliau teringat, "Tamar siapakah ini?". Isterinya Fatimah menerangkan bahawa tamar itu memang disimpankan untuknya.

Baca Lagi...
 
Kisah Abu Hurairah R.A Mengawal Gudang Zakat PDF Cetak E-mail

Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah R.A. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah R.A telah ternampak seseorang mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan. Abu Hurairah R.A. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi. Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

Page 3 of 3

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 4 tetamu online