Laman Utama Berita Semasa

Nisab Terkini


Nisab Emas :
RM 12,220.87

Nisab Perak :
595 Gram

Kemudahan Bayaran


Rangkaian My Zakat



Soalan Lazim



Berita


KUNJUNGAN HORMAT PZM PDF Cetak E-mail
Isnin, 03 Mac 2014 00:00

Pada tahun 2014, Pusat Zakat Melaka (PZM) telah mengorak langkah sekali lagi mengadakan kunjungan hormat ke agensi kerajaan, badan korporat dan industri dalam menjalinkan silaturrahim yang lebih mantap antara PZM dengan agensi- agensi tersebut. Dengan adanya program berkala seumpama ini, diharapkan agar matlamat dakwah melalui majikan dapat disalurkan kepada warga kerja agensi berkenaan secara menyeluruh.

Baca Lagi...
 
AUDIT PEMANTAUAN SEMULA ISO 9001 : 2008 DAN MS ISO 1900 : 2005 PDF Cetak E-mail
Isnin, 03 Mac 2014 00:00

Pusat Zakat Melaka (PZM) telah mendapat penganugerhan persijilan MS ISO 9001 : 2008 dan MS 1900 : 2005 (dari perspektif Islam) semenjak tahun 2004. Sepanjang tempoh persijilan, pihak SIRIM Berhad telahpun mengadakan beberapa siri pemantauan dan pengauditan semula terhadap perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PZM.


Sepanjang tempoh tersebut, PZM berjaya mengekalkan persijilan ISO ini dengan adanya hasil komitmen daripada seluruh anggota dan warga kerja samada peringkat pengurusan dan sokongan dalam melaksanakan semua prosedur SPK yang telah ditetapkan.

Pada tahun ini PZM sekali lagi telah menjalani proses audit pemantauan semula terhadap pematuhan SPK bagi ISO 9001 : 2008 dan MS ISO 1900 : 2005 oleh Juruaudit SIRIM Bhd. pada 19 dan 20 Februari,2014 dan telah berjaya melepasi proses pengauditan tersebut serta layak untuk ke peringkat pengauditan semula bagi persijilan semula pada tahun ini.


 

Disediakan oleh,

Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
Pusat Zakat Melaka
Majlis Agama Islam Melaka

 
CAWANGAN PUSAT ZAKAT MELAKA DI MERLIMAU BERPINDAH PDF Cetak E-mail
Selasa, 24 Disember 2013 00:00

BUKIT PALAH, Kompleks Al-Azim – Majlis Penyerahan Zakat  Perniagaan oleh agensi-agensi korporat telah diadakan bersama YB. Datuk Hj Yaakub Bin Md. Amin; Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka pada 15 Julai 2013.

Majlis penyerahan tersebut disertai oleh tiga (3) agensi dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 205,251.35 terdiri daripada QSR Brands ( M ) Holdings Sdn. Bhd. Sejumlah RM 125,943.00 diwakili oleh Tuan Sheikh Sharufuddin bin Sheik Mohd; Ketua Pegawai Kewangan, Bank Simpanan Nasional ( BSN ) sejumlah RM 49,630.00 yanng diwakili oleh En. Roslin bin Marjumin; Pengarah BSN Negeri Melaka dan Etiqa Takaful Berhad sejumlah RM 29,678.35 diwakili oleh Pn. Rohaizad bin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Selatan.

Kutipan zakat harta sehingga 12 Julai, 2013 adalah sebanyak RM 21,962,100.10. Manakala bilangan pembayar pula meningkat kepada 24,664 orang berbanding tempoh yang sama tahun 2012 hanya 22,040 orang. Jumlah peningkatan adalah seramai 2,624 orang atau 11.91%. Kutipan Zakat Perniagaan sehingga kini adalah sebanyak RM 4,721,627.95 berbanding tempoh yang sama tahun 2012 hanya RM 4,388,509.21 iaitu peningkatan sejumlah        RM 333,118.74 ( 7.59% ). Manakala bilangan pembayar pula meningkat kepada 470 agensi berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2012 sejumlah 399 agensi iaitu peningkatan berjumlah 71 agensi.

Majlis ini turut dihadiri YBhg. En. Mohd Yusof bin Abu Bakar; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PZM, Tn. Hj. Ismail bin Hj. Hasim; Pengurus Besar PZM dan En. Zuhri Iskandar; Pengurus Korporat & Pemasaran PZM.

YB. Datuk Hj Yaakub Bin Md. Amin  turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi korporat  dalam melunaskan kewajipan mereka dan berharap agar agensi-agensi lain turut melunaskan zakat perniagaannya kepada PZM di masa-masa mendatang bagi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat.

 

Disediakan oleh,

Bahagian Perhubungan Korporat & Pemasaran
Pusat Zakat Melaka
Majlis Agama Islam Melaka

 

 
KONVOI KEMBARA ZAKAT 2 SEMPENA BULAN ZZAKAT KEBANGSAAN 2013 PDF Cetak E-mail
Selasa, 24 Disember 2013 00:00

Konvoi Kembara Zakat 2 di bawah anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah diadakan dari 2 hingga 5 Disember, 2013 sempena Bulan Zakat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 10 Disember, 2013 di PWTC, Kuala Lumpur. Pusat Zakat Melaka (PZM) selaku Pengerusi Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri (SPZN) 2013 telah dimandatkan sebagai Ketua Konvoi Kembara Zakat 2 Kawasan Selatan oleh JAWHAR.

Baca Lagi...
 
MAJLIS MALAM KESYUKURAN PUSAT ZAKAT MELAKA PDF Cetak E-mail
Isnin, 23 Disember 2013 00:00

31 DISEMBER, 2013 - Pusat Zakat Melaka (PZM) akan mengadakan Majlis Malam Kesyukuran di Ibu Pejabat PZM; jam 8.00 hingga 10.00 malam bersempena bersempena lanjutan operasi kaunter di Ibu Pejabat sehingga ke jam 12.00 malam pada 31 Disember, 2013.

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

Page 3 of 10

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 17 tetamu online