LOGO USAHAWAN BERKAT ZAKAT MELAKA (UBZM)

Usahawan BerkatZakat Melaka

Satu pengiktirafan kepada usahawan yang konsisten menunaikan Zakat Perniagaan sebagai lambang integriti, pematuhan syariah dan komitmen terhadap tanggungjawab sosial demi kesejahteraan ummah.

✓ Pengiktirafan Rasmi
✓ Meningkatkan Keyakinan Pelanggan
✓ Dakwah & Jaringan Perniagaan
LOGO USAHAWAN BERKAT

Fungsi

Penghargaan Kepada Pembayar Zakat Perniagaan

Logo ini diperkenalkan adalah sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada syarikat-syarikat yang secara konsisten menunaikan Zakat Perniagaan bagi tujuan memberi motivasi dan semangat kepada entiti perniagaan untuk terus kekal patuh terhadap tuntutan syariah.

Menggalakkan Lebih Ramai Usahawan Dan Syarikat Korporat

Logo ini juga berperanan sebagai simbol yang menggalakkan lebih ramai usahawan dan syarikat korporat untuk mengambil cakna berkenaan kewajipan menunaikan Zakat Perniagaan sekaligus memperluaskan manfaat kepada golongan asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Meningkatkan Keyakinan Pelanggan Dan Pengguna

Syarikat atau usahawan yang menerima logo ini boleh digunakan pada produk, laman web, atau bahan promosi mereka yang berpotensi mampu meningkatkan keyakinan pengguna dan pelanggan serta menunjukkan syarikat bukan sahaja mengutamakan keuntungan, malah mempunyai komitmen sosial dan nilai integriti yang tinggi.

Mengangkat Konsep "Berurus Niaga Dengan Keberkatan"

Selain itu, logo ini mengangkat konsep “berurus niaga dengan keberkatan” sebagai satu budaya sihat dalam dunia keusahawanan yang diyakini sebagai faktor penting dalam pertumbuhan dan kelestarian perniagaan.

OBJEKTIF

Objektif Program UBZM

Program ini diwujudkan bagi membentuk budaya perniagaan yang patuh syariah serta meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab zakat dalam kalangan usahawan.

Memberi Pengiktirafan

Mengiktiraf usahawan yang mengamalkan perniagaan patuh syariah dan menunaikan zakat.

Membudayakan Zakat

Memupuk kesedaran bahawa zakat adalah sebahagian daripada tanggungjawab perniagaan.

Memperkasa Usahawan

Membantu melahirkan usahawan yang mampan, berintegriti dan diberkati.

Meningkatkan Kepercayaan

Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usahawan yang mendapat pengiktirafan UBZM.

LOGO USAHAWAN BERKAT

Definisi Logo Usahawan Berkat

Setiap elemen pada Logo Usahawan Berkat mempunyai maksud tersendiri yang melambangkan identiti, nilai dan komitmen syarikat dalam menunaikan Zakat Perniagaan kepada Zakat Melaka.

Logo UBZM

Logo Usahawan Berkat

Usahawan Berkat merujuk kepada usahawan yang berurus niaga secara syarie, menunaikan zakat dan memperoleh keberkatan.

Kubah Masjid

Kubah Masjid

Kubah masjid adalah simbol rohani dan spiritual.

Tali Lehar

Tali Leher & Baju Kemeja

Tali Leher dan Baju Kemeja melambangkan imej profesionalisme, identiti korporat, kepakaran dan kepercayaan dalam sesebuah organisasi.

Zakat Melaka

Zakat Melaka

Zakat Melaka – Kerjasama Zakat Melaka dan Usahawan Berkat.

Kod UBZM

Kod UBZM

Kod UBZM – merujuk kepada kod unik bagi setiap Pembayar Zakat.

KELEBIHAN LOGO UBZM

Kelebihan Menggunakan Logo UBZM

Logo Usahawan Berkat bukan sekadar simbol penghargaan, malah menjadi identiti rasmi yang meningkatkan kredibiliti dan keyakinan terhadap sesebuah perniagaan.

Produk

Digunakan pada produk sebagai tanda pengiktirafan rasmi UBZM.

Premis

Dipamerkan pada premis perniagaan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan.

Laman Web

Digunakan pada laman web rasmi syarikat sebagai identiti perniagaan.

Media Sosial

Dipaparkan pada platform media sosial sebagai simbol pengiktirafan.

Bahan Promosi

Digunakan pada bahan promosi dan pemasaran syarikat.

Keyakinan Pelanggan

Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap integriti dan kredibiliti perniagaan.

Logo UBZM merupakan simbol pengiktirafan rasmi kepada pembayar Zakat Perniagaan yang mencerminkan integriti, amanah dan keberkatan dalam dunia keusahawanan.

Galeri Video

Ikuti video rasmi Program Usahawan Berkat Zakat Melaka.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Siapa Yang Layak Memohon?

Permohonan Logo Usahawan Berkat terbuka kepada kategori usahawan dan syarikat yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Zakat Melaka.

Syarikat Korporat

Syarikat berdaftar (Sdn. Bhd., Berhad, koperasi) yang konsisten menunaikan Zakat Perniagaan setiap tahun melalui Zakat Melaka.

Anak Syarikat GLC / GLIC

Syarikat berkaitan kerajaan yang komited menunaikan zakat secara konsisten dengan sumbangan signifikan terhadap pembangunan ekonomi asnaf dan institusi zakat.

Usahawan Kecil & Sederhana (IKS)

Usahawan berdaftar yang menunaikan Zakat Perniagaan, khususnya usahawan Muslim yang aktif menyumbang kepada ekonomi tempatan dan tanggungjawab sosial Islam.

Syarikat yang layak akan menerima logo rasmi dalam bentuk stiker dan plak.

Logo Boleh digunakan di bahan pemasaran dan premis syarikat.

HUBUNGI KAMI

Kami Sedia Membantu Anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Program Usahawan Berkat Zakat Melaka (UBZM), sila hubungi kami melalui maklumat di bawah.

Alamat

NO 1,3 & 5, Jalan PNBB 1,
Pusat Niaga Bukit Baru,
Bandar Bukit Baru Seksyen IV,
75150 Bukit Baru, Melaka.

Telefon

1300-88-0233
Pn. Fatin EXT: 216
En. Khaidzir EXT: 210

Email

info@zakatmelaka.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang
08:00 pagi hingga 04:30 petang - (Bulan Ramadhan)
Sabru, Ahad & Cuti Umum : Tutup

PROGRAM USAHAWAN BERKAT ZAKAT MELAKA

Bersedia Menjadi
Usahawan Berkat?

Sertai Program Usahawan Berkat Zakat Melaka dan tingkatkan potensi perniagaan anda bersama kami.

Mohon Sekarang
×