Kunjungan Hormat Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ibu Pejabat Zakat Melaka

Ahli-ahli Penyelidik dari Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Zakat Melaka pada pagi ini. Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka; YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Hj. Sabtu, dan YBrs. Encik Noorzakry Bin Nor Jamal; Ketua Penolong Pengarah Media & Teknologi, Zakat Melaka, serta beberapa pegawai Zakat Melaka. Semoga perbincangan yang diadakan ini akan dapat menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak, seterusnya memberi manfaat dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.