Program Tautan Kasih Ramadan 1445H/2024M Jakel Melaka, Bukit Piatu, Melaka

Sekitar hari ke-3 Program Tautan Kasih Ramadan 1445H/2024M di Jakel Melaka, Bukit Piatu. Seramai 45 orang kanak-kanak fakir, miskin dan yatim daripada 09 buah sekolah di Daerah Jasin menerima pemberian set kelengkapan baju raya dan sumbangan duit raya. Program ini dianjurkan Zakat Melaka dengan kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bertujuan menyantuni dan meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Zakat Melaka amat berbesar hati meraikan anak-anak ini. Semoga pemberian ini dapat memberi senyuman di wajah mereka untuk menikmati kemeriahan Aidilfitri.