Program Tautan Kasih Ramadan 1445H/2024M Jakel Melaka, Bukit Piatu, Melaka

Program Tautan Kasih Ramadan 1445H/2024M anjuran Zakat Melaka dengan kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bertujuan menyantuni dan meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Seramai 160 orang kanak-kanak fakir, miskin & yatim merangkumi tiga (3) buah daerah daripada sekolah-sekolah Negeri Melaka berpeluang memilih sendiri set kelengkapan Baju Melayu dan Baju Kurung mengikut pilihan hati dan kesesuaian mereka sendiri. Alhamdulillah.