Perbincangan Penyelidikan Antara Zakat Melaka & Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ibu Pejabat Zakat Melaka, Bukit Baru

Perbincangan dan Penyerahan Cek Geran Penyelidikan Bertajuk ”Penetapan Al-Hawaij Al-Asliyyah Dalam Pengiraan Zakat Pendapatan: Kajian Kes Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka” kepada Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Cek geran penyelidikan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Hj. Sabtu; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka kepada YBrs. Ts. Dr. Yuseni Bin Ab. Wahab; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Turut hadir sama YBrs. Encik Zuhri Iskandar bin A Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, YBrs. Dr. Rahisam Bin Ramli; Dekan Fakulti Keilmuan Islam, UNIMEL serta Ahli-Ahli Penyelidik dari Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka iaitu YBrs. Dr. Rozita Binti Baba; selaku Ketua Penyelidik, YBrs. Dr. Mohamad Nazli Bin Hj. Omar, YBrs. Dr. Mohamad Azam Bin Yahya, YBrs. Dr. Shahrul Hilmi Bin Othman, Pn. Norizan Binti Samri dan Pn. Roslina Binti Hashim.

Pegawai Zakat Melaka yang turut terlibat dalam penyelidikan ini ialah Encik Mohd Rizalman Bin Syed; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Noorzakry Bin Nor Jamal; Pengarah Bahagian Operasi, Encik Muhammad Firdaus Bin Tubari; Ketua Penolong Pengarah Operasi, Encik Harith Bin Hassan; Ketua Penolong Pengarah Media & Teknologi dan Puan Sharifah Noor Huda Binti Syed Yahya; Penolong Pengarah Media & Penyelidikan.

Semoga kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak ini dapat merealisasikan objektif penyelidikan dan seterusnya memberi manfaat serta keberkatan oleh Allah SWT dalam usaha memartabatkan kutipan dan agihan zakat di Negeri Melaka.