Mesyuarat Majlis Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN) Kali Ke-36 Hotel Perdana Kota Bahru, Kelantan

Mesyuarat Majlis Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN) ke-36 yang bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan yang dipengerusikan oleh YBrs. Al-Fadhil Tuan Haji Ridhwan bin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Baitulmal MAIK. Turut hadir sama YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu; Ketua Pegawai Eksekutif ZM mewakili Zakat Melaka dan rakan-rakan agensi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) & Agensi Memungut Zakat (AMZ) di Malaysia. Perbincangan ini melibatkan pelbagai isu mengenai kecekapan dan keberkesanan pengurusan kutipan serta agihan zakat bagi MAIN & AMZ dalam mengurus tadbir sistem zakat di negeri-negeri dengan lebih efektif dan bersistematik dalam memacu transformasi negara ke arah lebih berwawasan. Semoga mesyuarat yang telah berlangsung ini diberikan kemudahan di dalam segala urusan agihan dan kutipan zakat, seterusnya memartabatkan ekonomi umat Islam serta dapat memberi manfaat kepada ansaf-asnaf yang memerlukan. Insya-Allah.