Kunjungan Hormat Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Ibu Pejabat Zakat Melaka, Bukit Baru

Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Zakat Melaka. Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka; YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu. Semoga perbincangan yang diadakan ini akan dapat menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak seterusnya memberi manfaat dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.