Zakat Melaka telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Puteri Bay Resort, Melaka yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka bersama beberapa pegawai yang terlibat.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan hubungan silaturrahim dan membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Melalui pertemuan ini, pelbagai idea serta pandangan telah dikongsi bagi memperluas usaha dalam memperkasa ekosistem zakat, di samping memberikan nilai tambah kepada pembangunan komuniti ummah di Negeri Melaka.
Zakat Melaka sentiasa komited untuk menjalin sinergi dengan pelbagai sektor, termasuklah industri perhotelan dan pelancongan, agar inisiatif zakat bukan sahaja dapat disebarluaskan, malah menjadi satu platform bersama untuk menyantuni lebih ramai asnaf di negeri ini.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak bentuk kolaborasi yang memberi manfaat, memperkukuh kebajikan, dan mengangkat martabat institusi zakat di bumi Melaka.