Kunjungan Hormat Pengarah Pejabat YADIM Negeri Sembilan & Melaka Ibu Pejabat Zakat Melaka

Zakat Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pejabat YADIM Negeri Sembilan & Melaka, Tuan Abdul Halim bin Ismail pada hari ini di Ibu Pejabat Zakat Melaka.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam aspek dakwah, pendidikan, dan kebajikan ummah.

Semoga pertemuan ini membuka ruang sinergi yang lebih luas demi manfaat masyarakat Islam, khususnya dalam memperkasa institusi zakat di Negeri Melaka.