Alhamdulillah, Zakat Melaka menerima kunjungan hormat daripada pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad bersama rakan strategik Farm Fresh Berhad.
Pertemuan ini membincangkan peluang kolaborasi melalui program agihan wakalah hasil kutipan zakat yang diterima oleh Bank Muamalat, dengan matlamat memperluas manfaat kepada golongan asnaf di negeri Melaka.
Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang sinergi antara institusi kewangan Islam, sektor korporat dan Zakat Melaka dalam memperkukuh agenda pembangunan ummah.