Kunjungan Hormat ke Kastam Diraja Malaysia Kastam Diraja Malaysia

Alhamdulillah, hari ini Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, YBhg. Datuk Muhamad Azmi bin Haji Sabtu telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Tuan Nadzri bin Che Ani, Pengarah Kastam Diraja Malaysia.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Puan Rozita;Pengarah Kastam, Puan Norazliza;Penolong Pengarah Zakat Individu, Bahagian Operasi Zakat Melaka dan beberapa pegawai yang lain.

Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama erat antara Zakat Melaka bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, khususnya dalam memperkasa agenda tanggungjawab sosial, ekonomi ummah dan pemerkasaan zakat.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah di negeri Melaka.