Majlis Pelancaran 100 Tahun MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) & Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim Ke-9 Tahun 2025M/1447H
Zakat Melaka telah berbesar hati menghadiri Majlis Pelancaran 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim Kali Ke-9 yang berlangsung pada 30 September 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Delegasi Zakat Melaka diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azmi Sabtu; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, YBrs. En. Zuhri Iskandar bin A. Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, dan En. Harith Bin Hassan; Ketua Penolong Pengarah Media & Teknologi Zakat Melaka.
Kehadiran ini mencerminkan komitmen Zakat Melaka dalam memperkukuh jaringan strategik bersama institusi agama dan zakat di peringkat kebangsaan, selain menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa syiar Islam serta memperkukuh peranan zakat dalam pembangunan ummah.
Semoga kerjasama ini terus membawa manfaat kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada kelestarian institusi zakat di Malaysia.