Zakat Melaka diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka bersama barisan pegawai Zakat Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kementerian Pertahanan Malaysia.
Pertemuan penuh mesra ini disambut oleh Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai; Ketua Pengarah, Brigedier Jeneral Hj Mohd Hamzah bin Adam; Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Leftenan Kolonel Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini; Ketua Kemajuan Ahwal Syakhsiah (KAS), dan Mejar Muhammad Khairil bin Mazlan; Ketua Unit Undang-Undang Syariah.
Antara intipati perbincangan yang telah diadakan ialah penyelarasan potongan gaji anggota ATM di Negeri Melaka, cadangan kolaborasi strategik antara Zakat Melaka dan KAGAT dan perkongsian pelaksanaan Program Agihan Wakalah ATM bersama negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Zakat Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KAGAT atas sambutan mesra serta keterbukaan dalam memperkukuh sinergi antara institusi agama dan pertahanan demi manfaat ummah.
🤝 “Bersama Memperkukuh Tanggungjawab, Menyantuni Ummah.”