Zakat Melaka telah mengadakan sesi pembentangan hasil kajian berhubung penetapan Al-Hawaij Al-Asliyyah dalam pengiraan zakat pendapatan bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Shaifulfazlee Bin Mohamad.
Turut hadir ialah Pengurus Baitulmal dan pegawai-pegawai MAIM, ahli penyelidik dari Universiti Islam Melaka (UNIMEL), serta pegawai-pegawai Zakat Melaka.
Perbincangan ini merupakan langkah penting dalam memastikan kaedah pengiraan zakat pendapatan di Negeri Melaka terus relevan, telus, dan memberi manfaat yang lebih tepat kepada para asnaf.
Semoga usaha ini menjadi medan penyelarasan ilmu dan kefahaman yang lebih mantap dalam memperkasa institusi zakat di Negeri Melaka.