Kunjungan Hormat Bersama Affin Bank Ke Zakat Melaka Bukit Baru

Zakat Melaka menerima kunjungan hormat daripada Affin Bank dalam satu sesi perbincangan yang bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya berkaitan usaha promosi Kempen Kutipan Zakat Fitrah melibatkan amil dan ejen Zakat Melaka.

Pertemuan ini menjadi platform perbincangan bagi meneroka kaedah pelaksanaan, sokongan serta inisiatif yang dapat membantu memperluas saluran kutipan zakat fitrah secara lebih sistematik dan berkesan.

Delegasi Affin Bank diketuai oleh YM Tengku Azha bin Tengku Yusoff, Senior Director, Head of Department, Strategic Business Alliances, Group Treasury Division, serta YBrs, Encik Saiful Rizal bin Abdul Rasid, Head, Transaction Banking, Group Corporate Banking Division, bersama beberapa pegawai Affin Bank.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Zuhri Iskandar bin A. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.