Kunjungan Hormat Bersama Melaka Hari Ini (MHI) Bukit Baru

Kunjung hormat Melaka Hari Ini Sdn. Bhd. ke Zakat Melaka telah disambut dengan penuh mesra oleh YBrs. Tuan Zohaime bin Muhamad Sori. Pertemuan ini diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik di samping memperkukuh hubungan profesional antara kedua-dua pihak.

Pihak Melaka Hari Ini Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBrs. Encik Nasharuddin Muhammad, serta turut disertai oleh Pengurus Pemasaran & Pembangunan Perniagaan, Encik Muhammad Hamzi bin Rosmani. Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kolaborasi yang lebih erat dan berimpak, seterusnya memperluas jaringan komunikasi serta sinergi institusi demi manfaat bersama.