Janji Temu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, En. Zuhri Iskandar bin Ab Rahman bersama YBrs. Tuan Akmal bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad bagi membincangkan cadangan penambahan Potongan Gaji (PG) zakat kepada semua pegawai di bawah seliaan beliau.
Turut serta dalam perbincangan ini ialah En. Jefnee bin Jaapar, Pengurus Kanan Pentadbiran & Sumber Manusia serta Pn. Nurul Izzati binti Haris, Pengurus Kewangan & Pengurusan Harta.
Inisiatif ini diharap dapat memudahkan warga kerja menunaikan zakat secara konsisten, seterusnya memperkukuh budaya berzakat dalam kalangan organisasi korporat.