Zakat Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah PTPTN Negeri Melaka dalam satu sesi pertemuan strategik yang bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Encik Zohaime bin Muhamad Sori, bersama barisan pengurusan Zakat Melaka. Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik, perkongsian maklumat serta inisiatif bersama dalam memperluaskan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah dan tanggungjawab sosial.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat masyarakat dan kesejahteraan ummah.