Tahniah diucapkan kepada pemenang Kempen Bayaran Zakat Dalam Talian Tertinggi bagi bulan Disember 2025 anjuran Zakat Melaka.
Penghargaan ini mencerminkan komitmen berterusan para pembayar zakat dalam menyokong usaha memperkasa kesejahteraan ummah melalui penunaian zakat secara dalam talian yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Zakat Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar zakat atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan.