Bengkel Meja Bulat 101 Persoalan Zakat Jalan Hang Tuah, Melaka

Zakat Melaka telah menganjurkan Bengkel Meja Bulat Semakan, Penambahbaikan & Pemurnian Persoalan Zakat yang berlangsung pada 3 & 4 Februari 2026 bertempat di Grand Swiss-Belhotel Melaka.

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak, menambah baik serta menyeragamkan draf Persoalan Zakat agar selari dengan ketetapan hukum semasa, di samping mendapatkan pandangan, nasihat dan pencerahan daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.

Sesi ini diharapkan dapat memuktamadkan draf Persoalan Zakat sebagai rujukan rasmi yang tepat, sahih dan diyakini dalam pengurusan zakat di Negeri Melaka.