Pada 13 Jun 2025 (Jumaat), bertempat di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat kepada Zakat Melaka. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem Bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. S.S. Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka; serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
Sebanyak tiga belas (13) agensi telah mengambil bahagian dalam majlis penyerahan ini, menzahirkan komitmen mereka dalam menunaikan tanggungjawab zakat perniagaan. Antara agensi yang terlibat termasuk Perbadanan Melaka (MCorp), Takaful Malaysia, Kumpulan UTEM Holdings, Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd., Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd., Maybank Islamic Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Public Islamic Bank Berhad, Melaka Bekal Sdn. Bhd., Sun Life Malaysia, Qaizer Consultancy Sdn. Bhd., dan Selia Selenggara Engineering Sdn. Bhd.
Tuan Yang Terutama turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang hadir dan menunaikan zakat perniagaan kepada Zakat Melaka. Beliau berharap agar lebih banyak syarikat korporat di negeri ini tampil menyahut seruan ini sebagai satu komitmen bersama ke arah membangunkan sistem ekonomi Islam yang mampan. Penyaluran zakat secara berkesan dan berintegriti bukan sahaja menjana keberkatan, tetapi turut memperkasa golongan asnaf di negeri ini.
Zakat Melaka merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya, zakat korporat anda merupakan keberkatan buat semua.