Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) MELAKA

Zakat Melaka dengan penuh takzim menerima penyerahan Zakat Perniagaan berjumlah RM3,305,871.86 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2024. Penyerahan disempurnakan oleh YB Senator Dato Setia Dr. Haji Mohd. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh barisan kenamaan dan pimpinan agama serta pentadbiran termasuk YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Haji Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM; Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; serta barisan pengurusan kanan Tabung Haji.

Zakat perniagaan yang diterima ini akan diagihkan kepada golongan asnaf di Negeri Melaka yang layak dan memerlukan. Semoga penyerahan ini menjadi pemangkin kepada keberkatan rezeki serta memperkukuh sistem ekonomi Islam yang menyeluruh dan inklusif.