Pelepasan Konvoi Zakat Melaka untuk Kembara Zakat Kebangsaan (KZK) 2025 MELAKA

Alhamdulillah, telah berlangsung Pelepasan Konvoi Zakat Melaka sempena Kembara Zakat Kebangsaan (KZK) 2025 yang akan berlangsung di negeri Johor pada 15 hingga 18 Julai 2025.

Pelepasan telah disempurnakan oleh Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, bersama Encik Noorzakry bin Nor Jamal, Ketua Pengarah Bahagian Operasi Zakat Melaka.

Konvoi ini membawa misi untuk meningkatkan kesedaran berzakat dan menyalurkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan sepanjang program berlangsung.