Zakat Melaka telah menganjurkan Bengkel Draf Penggubalan Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Melaka 2025 (Siri 2) bersama beberapa agensi utama di negeri ini. Bengkel ini melibatkan penglibatan aktif wakil-wakil dari Pejabat Penasihat Undang-undang Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka dan Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Bengkel ini diadakan bagi memperkemas dan memperhalusi draf peraturan agar kekal relevan, tersusun serta menepati kehendak semasa dan prinsip Syariah. Ia juga bertujuan memastikan pelaksanaan pengurusan zakat dan fitrah dapat dijalankan dengan lebih cekap, telus dan berkesan.