Majlis Penyerahan dan Taklimat Wakalah Agihan Zakat MAIM MELAKA

Alhamdulillah, pada 23 Julai 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Taklimat Wakalah Agihan Zakat anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan jayanya. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis, kepada para pembayar zakat yang hadir bagi memberi penerangan berkaitan kaedah agihan serta skim-skim bantuan zakat yang ditawarkan.

Turut hadir bagi menyokong usaha ini ialah Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Puan Rohaizah binti Abas; Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Promosi dan Penerbitan MAIM, Puan Arina Saffuraa binti Alim; serta Pengarah Bahagian Operasi Zakat Melaka, Ustaz Noor Zakry bin Nor Jamal.

Semoga taklimat ini dapat memperkukuh kefahaman para pembayar zakat, sekali gus memastikan wakalah agihan zakat dapat dilaksanakan dengan lebih telus, teratur dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.