Pada 30 Jun 2025, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bil. 02/2025 anjuran Zakat Melaka, bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah.
Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan dif kehormat, Ketua-Ketua Agensi serta wakil-wakil dari keluarga besar Agensi Agama Islam Negeri Melaka.
Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh murid-murid SRA JAIM Bukit Baru, di samping penyampaian sijil penghargaan kepada agensi-agensi agama yang melaksanakan potongan gaji zakat. Turut diumumkan secara rasmi ialah pemenang Kempen "Like, Comment Tagline, Share & Menang" yang telah dianjurkan melalui platform Facebook Zakat Melaka Tahun 2025.
Perhimpunan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan antara agensi serta memperkasa peranan institusi agama dalam agenda zakat dan kebajikan ummah. Zakat Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.