Bayaran Zakat Pendapatan daripada SRI HANA & ASSOCIATED telah disempurnakan di Zakat Melaka sebagai tanda komitmen dalam menunaikan kewajipan zakat serta menyucikan harta.
Penyerahan bayaran zakat tersebut telah disambut oleh Encik Zuhri Iskandar bin A. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka bersama beberapa pegawai Zakat Melaka.
Semoga sumbangan zakat ini menjadi asbab keberkatan rezeki serta memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada Zakat Melaka dalam memperkasakan institusi zakat di Negeri Melaka.
Zakat – Bersih Jiwa Suci Harta. ✨