KUNJUNGAN HORMAT ZAKAT MELAKA KE UNIMEL UNIMEL

Alhamdulillah, telah berlangsung kunjungan hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Encik Zohaime bin Muhamad Sori bersama beberapa pegawai Zakat Melaka ke Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Kunjungan ini telah disambut oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. DHc. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL serta YBrs. Tn. Hj. Ismail bin Hasim, Bendahari UNIMEL, bersama beberapa pegawai kanan UNIMEL.

Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Zakat Melaka dan UNIMEL, khususnya dalam aspek kerjasama pendidikan, penyelidikan serta pemerkasaan agenda zakat demi manfaat ummah.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa dan memberi impak yang signifikan kepada pembangunan masyarakat serta kesejahteraan asnaf.