Kunjungan Hormat Ke Bank Rakyat Ayer Keroh, Melaka

Zakat Melaka telah mengadakan sesi penyerahan cenderahati Aidilfitri yang disempurnakan oleh Encik Zuhri Iskandar bin A. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka kepada pihak Bank Rakyat Cawangan Ayer Keroh, Melaka.

Cenderahati tersebut telah diterima oleh Encik Nasarudin bin Ab Hadi, Pengurus Wilayah Selatan Bank Rakyat, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan pihak Bank Rakyat dalam usaha memperkasa agenda zakat serta memperluas jaringan kerjasama strategik.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat ummah serta pembangunan ekonomi Islam di Negeri Melaka.

Zakat - Bersih Jiwa Suci Harta