Zakat Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada wakil institusi perbankan iaitu Puan Bridgette Lee Swee Pin, Manager, Regional Business Development Melaka dari RHB Bank, serta Encik Riduan bin Md Yusof, Relationship Manager Melaka dari Affin Bank.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Zuhri Iskandar bin A. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka bersama Encik Muhamad Fadzil bin Masri, Penolong Pengarah, Akaun dan Kewangan Zakat Melaka.
Pertemuan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan strategik antara institusi kewangan dan Zakat Melaka dalam memperkasa agenda dakwah zakat serta memperluas kemudahan pembayaran zakat kepada masyarakat.
Zakat – Bersih Jiwa Suci Harta. ✨