Majlis Peluncuran Program Nilam dan Galakan Membaca SMK Dato’ Dol Said

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Program Nilam dan Galakan Membaca yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zohaime bin Muhamad Sori, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka di Dewan Alamanda, SMK Dato’ Dol Said, hasil anjuran Pusat Sumber sekolah tersebut.

Kehadiran beliau telah disambut baik oleh YBrs. En. Mohd Kamar bin Othman, Pengetua SMK Dato’ Dol Said, bersama warga sekolah yang hadir dengan penuh komitmen dan semangat.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar, malah selari dengan agenda pembangunan insan yang menjadi teras kepada pengurusan zakat. Melalui dana zakat, pelbagai usaha pendidikan dan pemerkasaan ilmu dapat dilaksanakan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

Dalam masa yang sama, para guru turut digalakkan untuk melaksanakan pembayaran zakat melalui kaedah potongan gaji (PG) secara konsisten dan mudah, sebagai satu bentuk tanggungjawab serta sumbangan berterusan dalam memperkasa pembangunan ummah.

Semoga program seperti ini terus diperkasa dalam membentuk masyarakat yang cintakan ilmu dan sentiasa mendekatkan diri kepada nilai-nilai murni.