Zakat Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Maybank dalam satu sesi rasmi bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Dato’ Sri Khairussaleh Ramli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank.
Dalam sesi tersebut, pihak Maybank telah menyempurnakan penyerahan zakat korporat yang diterima oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Zakat Melaka.
Penyerahan ini mencerminkan komitmen berterusan sektor korporat dalam menunaikan tanggungjawab zakat serta menyokong usaha memperkasa kebajikan ummah di Negeri Melaka.
Semoga jalinan kerjasama strategik seperti ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.
Zakat – Bersih Jiwa Suci Harta